Infokinabalu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Terlampau la tipu citer nih

Go down

Terlampau la tipu citer nih Empty Terlampau la tipu citer nih

Post by Agent info kinabalu Fri Jul 17, 2009 4:20 am

Pagi itu amat gelap,hujan turun dengan renyai-renyai.Jam menunjukkan pukul 6.28 am.Saya yang bersekolah di darjah 4 Nilam amat malas benar hendak bangun untuk ke sekolah,namun saya kuatkan diri saya untuk pergi kesekolah,saya kuatkan dan saya kuatkan lagi diri saya untuk ke sekolah.Saya bangun dari katil saya,pakai selipar dan terus pergi ke bilik ayer,saya mengambil air dan terus menyiramkannya ke tubuh saya,air itu amatlah sejuk,sehingga saya berasa seperti di dalam peti ais pinasonic milik nenek saya.Saya cuba mengambil sabun dettol dibirai tingkap bilik ayer saya itu,namun tidak sampai kerana saya masih kecil,saya masih tidak berputus asa dan tidak mahu memanggil ahli keluarga saya yang lebih tinggi dari saya,saya cuba memanjat tong yang berisi air mandian untuk mencapai sabun yang agak tinggi itu,malang bagi saya,apabila saya tergelincir didalam tong air mandian yang amat dalam itu,tong air yang mempunyai anggaran ketinggian 12 tingkat flat sri sabah itu,telah saya terjatuh kedalamnya.

Saya cuba menahan nafas sehingga saya tiba didasarnya,selepas 10 minit,barulah saya sampai ke dasarnya,banyak ikan yang ganjil-ganjil saya jumpa didasar tong berisi air mandian di rumah saya.Saya cuba mencapai ikan yang mempunyai lampu di kepalanya,namun ikan itu enggan memberikan kerjasama kepada saya.Saya amatlah berkecil hati akan tindakkannya itu.Saya membawa diri saya ke sebuah gua yang berada tidak jauh dari tempat ikan yang berlampu dikepalanya itu.Didalam gua itu,ada seekor belut yang amat besar,besarnya amatlah besar,sukar saya sebutkan besarnya itu,tetapi belut itu amatlah besar.

Ketika saya tiba dihadapan belut itu,ia sedang tidur nyenyak.Saya berjalan sambil menjingkitkan kaki kiri dan kanan saya,kepala saya pula memandang belut itu,malang lagi sekali bagi saya,sedang leka saya memandang belut itu,kaki kanan saya terpijak kulit kerang,lantas belut yang teramatlah besar itu tersedar,ia menjerit dan menjerit sekuat hatinya.Belut itu melibaskan ekornya terhadap badan saya,saya tercampak sejauh 25 meter dari tempat belut itu berada,sungguh sakit belakang saya.Saya sungguh tidak puas hati dengan tindakan belut itu.Dengan menggunakan segala tenaga yang saya ada,saya mencabut terumbu karang yang amat tajam seperti pensel 2b saya didasar tong air rumah saya itu,lantas saya berlari selaju yang boleh dan menikam kan terumu karang yang setajam pensel 2b itu tepat ke arah kemaluan belut yang bengis itu.Belut itu pun menangis teresak-esak seperti seorang kanak-kanak yang tidak dapat membeli permainan di pasaraya.

Saya pun meneruskan perjalanan saya untuk mencari jalan keluar dari tong air rumah saya itu,setelah 11 minit berjalan kaki tanpa menoleh kebelakang,saya pun terjumpa lif untuk naik ke permukaan tong air itu,tapi,lif itu rosak.mungkin bapa saya belum membayar bil selenggaraanya,saya berasa amatlah kepenatan kerana perlu mendaki tangga yang berbatu dan tinggi itu.selepas 13 minit mendaki tangga,saya pun tiba di permukaan.Saya berasa amatlah letih.

Saya pun terus menyiramkan air di badan saya,tanpa bersabun.saya berasa amatlah tidak selesa dengan keadaan saya di pagi yang gelap itu.Selesai mandi saya pun memakai baju yang telah digantung dengan rapi oleh ibu kesayangan saya.Saya memakai bedak dengan kuantiti yang banyak dibadan saya.Setelah semuanya siap,saya pun pergi kesekolah menaiki basikan 4 roda yang dihadiahkan oleh bapa saya kerana saya mendapat b+ dalam matapelajaran muzik.
Saya tiba disekolah pada 7.40 minit pagi.

Setibanya saya di sekolah,cikgu Murthi pun memanggil saya dengan suara yang amat lunak."Payied..mari kemari nak,kenapa kamu tiba lewat lagi ke sekolah hari ini",kata cikgu murthi.
"Saya amat sibuk cikgu",macam-macam halangan yang saya hadapi ketika dalam perjalanan hendak kesekolah cikgu,''kata saya kepada cikgu Murthi.
Tiba-tiba,mata cikgu Murthi pun kemerah-merahan,saya mula tunduk apabila melihat gelagat cikgu Murthi yang tiba-tiba berubah dengan mendadak itu.Tanpa disuruh,saya segera memusingkan badan dan ingin berlari-lari anak menuju ke tapak perhimpunan,tiba-tiba..Terdengar suara lunak cikgu Murthi itu menjerit sekuat hatinya..ROAAARRrRARr!!!!dia berubahkan dirinya seperti seorang teletubbies yang berwarna biji kundang(ungu) yang amatlah besar dan bertaring,besarnya lebih besar dari seekor belut yang saya tentang dirumah pagi tadi.

Semua kawan-kawan sekelas dan lain-lain kelas dengan saya menjerit-jerit sekuat hati mereka,mereka berlari kehulu-kehilir tanpa memikirkan masa depan,cikgu disiplin,cikgu pendidikan jasmani,cikgu muzik dan cikgu matematik saya semuanya lari menyelamatkan diri dan membawa anak-anak murid mereka ke tempat yang selamat.Saya sempat menyorok disebalik tangga disebelah dewan dihadapan tapak perhimpunan itu sambil memikirkan apa yang patut saya lakukan,sementara dengan itu,keadaan cikgu murthi amatlah menakutkan,beliau menjerit-jerit nama saya,"Payied!payied!payied!,bukan sekali awak tiba lewat!sudah 3 minggu berturut2 awak tiba lewat!,jangan awak lari!,Aku mampu mengesan mu dengan sesungut di dahi ku!",teriak cikgu murthi dengan suara yang lunak itu.

Jantung saya berdegup amatlah kencang,mana tidaknya ini adalah kali pertama beliau merubahkan dirinya kepada seekor teletubbies yang amat besar,sebelum ini beliau hanya berkebolehan bertukar menjadi seorang doraemon dan pikachu serta yang terbaru beliau berjaya menjadikan diri beliau seorang hello kitty yang amatlah menarik perhatian,saya pun meneruskan pemikiran saya,apa yang patut saya lakukan untuk menghalang kemaraannya itu.
Sedang leka saya memikirkan taktik untuk menewaskan Cikgu murthi,tiba-tiba saya terdengar jeritan dari seorang murid perempuan,"Tidak lepaskan saya cikgu,lepaskan saya!",kata murid perempuan itu,saya pun menjengukkan kepala kearah jeritan yang sebentar tadi berkumandang itu.Alangkah terkejutnya saya,jeritan itu datangnya dari gadis idaman saya selama ini nordibah namanya.Nordibah dalam keadaan ketakutan apabila cikgu murthi menggenggam erat tali kasut new era yang dipakainya setiap hari kesekolah itu.

Saya akhirnya mendapat satu idea yang mungkin dapat menukarkan cikgu murthi sepeti sedia kala,saya berlari selaju-lajunya ke ke stor sukan berhampiran kedai buku lalu menggeledah alatan-alatan yang terdapat di dalam stor sukan,setelah 2 minit menggeledah akhirnya saya terserempak dengan bola lisut dan kayu besbol yang dicari oleh saya sekian lama tadi.
saya memegang bola lisut ditangan kiri dan kayu besbol ditangan kanan,saya pun berlari selaju-lajunya semula ke tempat persembunyian saya tadi.

Saya memerhatikan gelagat cikgu murthi yang masih lagi menggengam erat tali kasut new era Nordibah si gadis pujaan saya itu.Sedang leka cikgu murthi menjadikan Nordibah saya sebagai seorang tawanan,saya meniarap dan bergerak perlahan-lahan ke arah cikgu murthi itu.Saya menjerit namanya,"Cikgu!sila lepaskan Nordibah!",kata saya dengan angkuh.Cikgu murthi pun melepaskannya dan menoleh kepada saya dengan muka yang agak mencuka.Saya tergamam,tersentak dan seperti mahu terkucil pabila cikgu murthi membuat muka sebegitu.

Cikgu murthi melompat ke arah saya,tanpa diduga saya terus membaling bola lisut yang dipegang itu terus meluru laju ke arah seseungut cikgu murthi itu,cikgu murthi menengerang kesakitan apabila sesungutnya dibaling dengan bola lisut,lantas saya meneruskan lagi usaha untuk menewaskan cikgu murthi dengan memukul sekuat hati cuping kanan telinganya yang terbuai-buai lembut semenjak dari tadi.

Akhirnya cikgu murthi bertukar menjadi manusia biasa semula yang comel dan rambutnya tersisir rapi ke arah tepi.Nordibah pun menangis kegembiraan apabila semuannya selamat,guru-guru dan kawan-kawan sekelas dan bukan sekelas pun turut meraikan kejayaan saya menewaskan seorang teletubbies yang ganas.Hari itu saya sungguh bangga dan bahagia apabila di cap sebagai hero kelas 4 Nilam.Saya pun meneruskan hari saya dengan masuk ke kelas dan meneruskan pelajaran sehingga tamat kelas pada hari itu.

Agent info kinabalu
Junior info kinabalu

Posts : 60
Join date : 2009-07-01

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum