BAGAIMANA KAMPUNG TINGKALANON MENDAPAT NAMA?
Page 1 of 1

Mendiang bapa selalu mengkisahkan kepada kami tentang cerita nenek moyang. Pada satu hari lain, saya bertanyakan kepada bapa apa maksud Tingkalanon dan mengapa nama itu dipilih menamakan sebuah kampung.
Menurut bapa, zaman lampau kampung yang didirikan di tepi sungai ini dihuni oleh sekumpulan penduduk yang tidak mempunyai ketua. Aktiviti harian mereka ialah bertani, bercucuk tanam, nelayan, menternak, memburu dan sebagai pencari sumber hutan seperti akar kayu untuk tujuan ubat-ubatan. Kampung tidak bernama ini sangat harmoni dan hidup bersatu padu.
Sungai tersebut pernah terkenal dan dikunjungi oleh pedagang luar untuk berjual beli atau melakukan pertukaran dagangan (sistem Barter). Semakin hari semakin berkembang maju dan terkenal. Sehingga la pada suatu hari seawal pagi, hari masih gelap, kampung tersebut tiba-tiba diserang sekumpulan lanun ganas dan merampas harta benda penduduk. Kampung ini hidup di dalam ketakutan kerana mereka tidak mempunyai pejuang yang handal. Perkampungan ini kerap menjadi sasaran lanun selepas itu kerana kekayaan hasil buminya.
Keadaan ini berpanjang beberapa waktu. Pada suatu hari, sekali lagi lanun ini mengganas. Dalam keadaan kacau-bilau, muncul seorang pemuda berpakaian hitam. Kehandalan dan keberanian anak muda ini telah berjaya menghalau lanun keluar dari kampung tersebut malah berjaya mematahkan serangan lanun berikutnya seorang diri. Kehadiran anak muda ini telah menceriakan kembali penduduk desa berkenaan. Ketika ditanya siapakah namanya, anak muda ini ringkas menjawab "Nama saya Tingkah". Pemuda bernama Tingkah ini kemudiannya diminta oleh penduduk menjadi ketua mereka. Kehadiran Tingkah yang handal dan tinggi ilmu ini telah mengembalikan keamanan dan lanun tidak lagi berani mengganggu kampung tersebut.
Penduduk kampung kemudian berpakat menamakan kampung mereka sebagai Kampung Tingkalanun (Tingkah + Lanun)bersempena kehandalan anak muda si Tingkah dan kehebatan lanun yang menggerunkan mereka lalu mereka menggabungkan kedua-dua elemen iaitu 'kehandalan' dan 'digeruni' menjadi asas kesepakatan menamakan sebuah kampung. Hari ini kampung tersebut dipanggil Tingkalanon. Demikianlah kampung Tingkalanon mendapat nama.
Jika anda berkesempatan ke Jabatan Arkib Negeri atau Jabatan Tanah, anda akan melihat peta Sabah ditanda dengan titik warna merah kepada Kg. Tingkalanon, menunjukkan kampung Tingkalanon adalah antara kampung yang terawal sekali di Sabah.
Hari ini, Kampung Tingkalanon telah melahirkan ramai cendikiawan, ahli akademik, ahli politik terkenal, penjawat awam berpengaruh, termasuk melahirkan tokoh-tokoh budaya kimaragang. Ketua Kampungnya terkenal dengan kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah penduduk dengan menggunakan kaedah 'lembut' dan berhemah. Pejuang-pejuang silam Kimaragang Tingkalanon selalu menjadi rujukan pihak British kerana kehalusan perjuangan yang berpaksikan diplomasi akal. Zaman millenium menyaksikan anak-anak desa Tingkalanon Bersama-sama dengan kampung-kampung lain sudah ramai memijak kaki ke universiti. Di bawah adalah peta kawasan yang diambil melalui Google Earth.

Agent info kinabalu- Junior info kinabalu
- Posts : 60
Join date : 2009-07-01
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum