mana hak kami???
Page 1 of 1
mana hak kami???
Namun kedua-dua mereka seakan-akan dinafikan hak untuk menerima ganjaran atas titik peluh usaha mereka itu daripada Kerajaan Negeri Pahang apabila hanya nama mereka berdua tercicir daripada senarai penerima geran lot tanah banglo yang diluluskan tahun lalu.
Selebihnya, 10 pemain utama skuad Pahang tahun 1992 iaitu Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Ahmad Yusof, Zulhamizan Zakaria, Mudzar Mohammad, Azaruddin Aziz, Azhar Kamaluddin, Tahir Mat Amin, Osaimi Jalil dan Aziz Hamid Kupai menerima lot tanah tersebut.
Kosmo! difahamkan lot tanah banglo itu adalah seluas 7,000 kaki persegi atau 650 meter persegi yang terletak di Taman Greenlast Makmur, Kuantan.
Sumber Kosmo! memberitahu, Khairul dan Mubin tidak mendapat tanah tersebut kerana ketika borang permohonan diberikan kepada pemain pada tahun 1995, mereka berdua sudah berhijrah ke pasukan lain.
Khairul yang menggalas tugas sebagai penjaga gol berhijrah ke Sabah manakala Mubin yang merupakan perancang tengah berhijrah ke Selangor pada musim 2005.
Namun bagi Khairul, 41, dia sendiri tertanya-tanya mengapa namanya dan juga Mubin tidak tersenarai sedangkan ganjaran tanah itu diberikan atas persembahan cemerlang Pahang pada musim 1992 itu.
"Nak kata sebab saya lari ke pasukan lain, Dollah dan Zainal pun ada berbuat demikian. Bukan mahu mengungkit, tapi saya juga berasakan saya berhak mendapat ganjaran ini.
"Saya cuma nak bertanya apakah alasan kerajaan negeri tidak memasukkan nama saya dan Mubin dalam senarai penerima tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kota Kinabalu semalam.
Mubin yang dihubungi juga memberitahu namanya turut tidak tersenarai dan tidak mengetahui mengapa perkara sedemikian boleh berlaku.
"Saya dan Khairul merupakan pemain utama pada musim 1992 itu. Pada final Piala Malaysia menewaskan Kedah 1-0 pun kami berdua beraksi ketika itu.
"Tapi daripada senarai 10 penerima ini, kenapa nama kami tercicir? Nak kata sebab saya berasal dari Terengganu, kenapa Khairul sebagai anak jati Pahang pun tak menerimanya?," jelas Mubin.
Situasi seperti ini sepatutnya tidak berlaku memandangkan Khairul telah berhempas pulas menjaga gawang Pahang dengan cemerlang manakala Mubin pula begitu digeruni dengan rembatan deras kaki kiri dari luar kotak penalti yang sering menghasilkan gol.

Agent info kinabalu- Junior info kinabalu
- Posts : 60
Join date : 2009-07-01
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum