Infokinabalu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MICHAEL JACKSON SEWA RUMAH RM5.29 JUTA?

Go down

MICHAEL JACKSON SEWA RUMAH RM5.29 JUTA? Empty MICHAEL JACKSON SEWA RUMAH RM5.29 JUTA?

Post by Agent info kinabalu Fri Jul 17, 2009 3:34 am

LONDON - Raja pop, Michael Jackson (gambar) membayar £1 juta (RM5.29 juta) bagi menyewa sebuah rumah mewah Foxbury Manor di Kent ketika konsertnya diadakan di sini pada Julai depan, lapor sebuah akhbar semalam.


Rumah itu terletak 32 kilometer dari Gua Chislehurst yang sering dilapor oleh media tempatan sebagai tempat berhantu.

Bagaimanapun, sistem keselamatan rumah Jackson yang mempunyai beratus-ratus kamera litar tertutup mungkin memberinya ketenangan.

Penyanyi itu menghantar seorang krew ke England pada bulan lalu bagi mencari sebuah tempat yang sesuai ketika dia mengadakan persembahan di Arena O2, London.


MICHAEL JACKSON SEWA RUMAH RM5.29 JUTA? 0%200%200%200atuerta
RUMAH yang akan disewa oleh Jackson di Kent.



Jackson yang terkenal menerusi lagu seperti Beat It itu dijadual beraksi dalam konsert pertamanya pada 8 Julai depan.

"Rumah mewah bernilai £15 juta (RM79 juta) milik seorang hartawan Turki itu adalah sebuah rumah peribadi dan ia bukan untuk disewa.

"Hartawan itu tidak mahu wang Jackson tetapi dia ia boleh mendatangkan keuntungan pada kemudian hari jika penyanyi itu tinggal di rumah tersebut," kata satu sumber.

Keluarga hartawan itu melarang Jackson membuat ubah suai terhadap bangunan utama tiga tingkat namun Jackson difahamkan akan menghantar satu pasukan pereka dalaman bagi membaiki kuarters pekerja yang terletak bersebelahan bangunan tersebut. - Agensi

Agent info kinabalu
Junior info kinabalu

Posts : 60
Join date : 2009-07-01

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum