STACY IKON HIBURAN SABAH?

View previous topic View next topic Go down

STACY IKON HIBURAN SABAH?

Post by Agent info kinabalu on Fri Jul 17, 2009 3:29 am



STACY diangkat sebagai idola belia dan remaja Negeri di Bawah Bayu.

JUARA Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6), Stracie Angie Anam atau nama glamornya, Stacy, 19, mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS) sebagai ikon dan idola belia serta remaja dalam industri hiburan di Negeri di Bawah Bayu.


Pengiktirafan itu dizahirkan menerusi penganugerahan Sijil Penghargaan dalam bentuk plak yang diserahkan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahid kepada anak kelahiran Kampung Tuavon, Penampang itu di Ibu Pejabat KBS di Wisma Muis, Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Sebagai tanda terima kasih, Stacy menyerahkan cakera padat (CD) albumnya yang ditandatanganinya kepada Jahid.

Jahid berkata, pemilihan penyanyi lagu Gagap itu sebagai ikon belia dan remaja Sabah dalam industri hiburan adalah hasil usaha, kerja keras dan ketekunan menimba ilmu serta memperbaiki kelemahan diri sehingga dinobatkan sebagai juara AF6.

Malahan Stacy juga kini turut muncul antara penyanyi muda berbakat besar serta popular.

“Kesungguhan Stacy membolehkannya menempa kejayaan dalam bidang tersendiri iaitu industri muzik dan hiburan tanah air yang membolehkannya diiktiraf sebagai ikon golongan belia dan remaja Sabah.

“Kini Stacy sudah memiliki kerjaya sebagai penyanyi dan perlu terus berusaha untuk mengekalkan pencapaian, sekali gus mencapai lebih banyak kejayaan pada masa depan," katanya.

Pada 24 April 2008, penyanyi kecil molek itu dinobatkan juara AF6 sekali gus menerima hadiah lumayan keseluruhan bernilai RM733,734, iaitu sebuah banglo empat bilik di A Famosa, Melaka (RM550,000), kereta Peugeot 307 XS tajaan Naza Motors Sdn Bhd (RM139,535), wang tunai RM25,000 sumbangan Hotlink, pakej percutian ke Itali tajaan Mayfirst, pakej pelancongan ke New York tajaan Maybelline, Sony Playstation tajaan Astro (RM1,199) bersama trofi AF6.

Sebagai ikon belia dan remaja Sabah, Jahid meminta Stacy supaya menjalani gaya hidup yang baik serta sihat kerana dia ramai peminat meliputi segenap lapisan masyarakat bukan saja di Sabah malah seantero negara.

Pada masa sama, beliau meminta kerjasama peminat penyanyi itu supaya membeli CD tulen bukannya cetak rompak yang bukan saja menyalahi undang-undang malah boleh memusnahkan kerjaya dan masa depan seseorang penyanyi seperti Stacy.

Stacy yang terharu dengan penghargaan KBS berjanji akan tampil dengan identiti bermoral dan sentiasa memberikan yang terbaik kepada peminatnya.

Anugerah KBS turut menjadi perangsang kepadanya untuk memantapkan kerjaya dan dia mahu sentiasa mendampingi belia dan remaja terutama yang ingin berkongsi pengalaman dengannya untuk berjaya dalam bidang nyanyian.

Katanya, sesuatu kejayaan tidak akan datang sendiri serta tidak mudah dicapai tanpa kerja keras, pengorbanan dan sanggup menerima kritikan negatif untuk perkembangan kerjaya.

"Kepada belia dan remaja Sabah, jangan mudah mengalah dengan kritikan yang diterima, sebaliknya anggap ia sebagai cabaran untuk berjaya bukan halangan untuk menemui noktah dalam sesuatu kerjaya," katanya.

Agent info kinabalu
Junior info kinabalu

Posts : 60
Join date : 2009-07-01

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum