Real sukar pancing Alonso

View previous topic View next topic Go down

Real sukar pancing Alonso

Post by Agent info kinabalu on Fri Jul 17, 2009 3:26 am

SUKAN

Real sukar pancing Alonso


ALONSO hanya akan dilepaskan jika Real sedia membayar RM204.3 juta.

--------------------------------------------------------------------------------


MADRID - Real Madrid mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Liverpool, Xabi Alonso.

Ini kerana, pengurus Liverpool, Rafael Benitez telah meletakkan harga £35 juta (RM204.3 juta) sebelum bersedia melepaskan Alonso ke Real.

"Alonso seorang pemain yang bagus dan kami tidak dapat nafikan yang pasukan akan menerima faedah daripada sumbangannya.

"Tetapi situasi ketika ini nampak seperti ia akan berakhir dengan nota kurang baik buat kami.

"Bagaimanapun, tidak akan berhenti mencuba dan harap rundingan akan kembali dipertimbangkan pada masa akan datang," kata Pengarah Sukan Real, Miguel Pardeza.

Sementara itu, barisan bintang Real terus mencuri tumpuan ketika memulakan sesi latihan di Ireland kelmarin.

"Tidak ramai Cristiano Ronaldo di dunia ini dan Real sememangnya mahu menurunkan pasukan terkuat di dunia," kata kapten Real, Raul.

Ketika sesi latihan tersebut, terdapat segelintir peminat yang meminta Ronaldo berhenti daripada berlatih untuk mereka mengambil gambar bekas bintang Manchester United itu.

"Saya kena pergi berlatih. Mungkin kamu boleh tunggu saya selepas itu," kata Ronaldo ringkas kepada para peminatnya itu.

Hanya Ronaldo dan Karim Benzema turun berlatih bersama rakan sepasukan baru mereka di Ireland manakala dua lagi bintang baru Real, Kaka dan Raul Albiol dikecualikan daripada kem itu kerana mereka masih bercuti selepas beraksi pada Piala Konfederasi di Afrika Selatan bulan lalu. - Agensi

Agent info kinabalu
Junior info kinabalu

Posts : 60
Join date : 2009-07-01

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum